Sabtu, 14 Ogos 2010

KURANG MENGGUNAKAN TENAGA

Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang.Kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu.Umumnya kandungan kalori yang berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk. Jika anda selalu tidur dan kurang bersenam, ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda.

Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan. Jika anda makan dengan berlebihan dan tidak diseimbangi dengan senaman, maka berat badan anda akan naik. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti. Contohnya menonton televisyen, bermain video game, menggunakan komputer dan sebagainya.


Metabolisme memiliki tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meski aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat penting.

Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang. Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut. Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur berfungsinya metabolis normal. Jika seseorang itu tidak melakukan aktiviti seperti senaman, jogging, riadah, bersukan dan sebagainya akan menyebabkan kadar metabolisme menurun.

Pengambilan kalori tinggi + Metabolisme Rendah = GEMUK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan