Selasa, 3 Ogos 2010

DIET YANG TIDAK SEIMBANG

Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal.

Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.

Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi.

Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori yang banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan